PENGENALAN

EDI OSMAN BIN AHMAD

Saya seorang guru. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuantan Pahang Darul Makmur sesi pengajian Julai 1986 - 1988. Penempatan pertama saya ialah ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Saya memulakan kerjaya sebagai guru di SRK Stungkor Lundu selama 4 tahun. Saya kembali ke Pulau Pinang pada penghujung bulan November 1992 dan berlhidmat di SK Permatang Janggus, Penaga mulai dari 1 Disember 1992 hingga 31 Mac 2000. Sekolah saya yang ketiga ialah SK St.Mark Butterworth mulai 1 April 2000 hingga 31 Disember 2006. Saya bertukar ke SK Hashim Awang Kepala Batas sebagai Guru Bimbingan Sepenuh Masa GBSM) setelah tamat KDP 14 Minggu Bimbingan dan Kaunseling di IPG Perlis. Saya berkhidmat di SK Hashim Awang Kepala Batas mulai 3 Januari 2007 hingga 30 September 2009. Mulai 1 Oktober 2009 saya telah dilantik sebagai Penolong Kanan Petang di SK Seri Permai,Bayan Baru Pulau Pinang. Pada 01 April 2011 saya telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama sehingga 15 Julai 2011. Pada 16 Julai 2011 saya ditukar ke Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam Kepala Batas atas jawatan yang sama untuk mengisi kekosongan jawatan sehingga sekarang.